.Sebenarnya seronok jugak bila malam-malam dengar bunyi mercun macam ni. Kalau sunyi je macam biasa, tak ada beza la dengan malam hari-hari yang lain kan. Semakin meriah jadinya bulan ramadhan ni kan. tapi menahan la bunyi2 benda alah ni , 1 taman perumahan bole dengar pasal 1 mercun jer kan . Lagi-lagi waktu nak solat terawih tu ada kanak-kanak berlari-lari main mercun. Memang dah asyik terbayang suasana hari raya je. Hehe . tambah lagi budak budak dekat surau depan rumah aku ni . macam ramai je kat surau tu dengan budak budak tapi sume buat bende laen . maen mercun . tambah lagi kita nak sambut raya sama dengan kemerdekaan sekali kan ? so . lagi meriah la kan . Cuma, yang aku nak tegur sikit je mengenai kanak-kanak main mercun ni. Kalau boleh, waktu orang sembahyang terawih tu jangan la main mercun yang meletup kuat-kuat tu dekat dengan masjid atau surau. Nanti menyusahkan orang yang nak menunaikan terawih pula. Nak main boleh, biar jauh-jauh hingga tak mengganggu orang beribadah. Lagi satu, main mercun tu jangan la sampai tengah malam buta ye. kadang kadang sebab mercun ni aku tak boleh tido . maen sampai malam Hormati lah orang lain. Biar lah dorang rehat dulu. Nak main sangat, ambil mercun tu, bawak masuk dalam bilik tidur korang. Pastu main la puas-puas dalam bilik tu. nak maen ke , nak makan ke , aku tak kesah pon okeyh :)
satu lagi aku nak tgur pada kanak kanak niy kan , hati hati maen mercun tuw sebab korang ni kalu dah dapat mercun memang tak sedar diri kan . aku seram la tgk budak2 yang mercun meletop kat tangan sebelum sempat nak baling . elok2 tuhan bagi jari 5 , tinggal 3 la , tinngal 4 la , kan tak cun tuw , huhuhu .
aku sendiri pening tengok picture niy , adoyy :(
bila dah jadi macam ni baru nak menyesal . so ape ape pon , akak ni nak nasihat la adik adik termasuk abang adik , kakak adik , kadang2 ayah adik pon same . hati hati ye . kepada penjual mercun pon hati hati la ye , buakn ape la kan , kalu kome kome niy kene cekop nanti beraye la dalam lokap . nak merase ? ha , cube la kan . huhuhu
sebelum terlambat nina dan keluarga nak ucapkan selamat hari raya , maaf zahir dan batin atas segala salah ya . bila mase raya nanti jangn lupa pada orang yang dalam kesusahan , biarlah kita ini selalu didalam kesederhanaan sahaja ya . itu lebih bagus :)
like ? share la . terima kasih sebab sudi membaca :)
ikhlas ninaizyanrafei .
2 comments:
wey gambar tangan tu memang wahtthefish! aku tengok pun rase cm tangan aku yg kene tu. -_-
haha , tau pon . mase aku full image kat lappy aku , pehhh , memang nak muntah aku . huu
Post a Comment