Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.
Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..
taken from: http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/3408-saya-tahu-saya-tak-cantik.html
dari mate aku melihat , memang ramai sangat wanita dan anak anak yang gadi yang rosak dan jauh dari ALLAH . stuasi ini buat aku sedih sangat sebb wanita adalah hiasan dunia , dan seindah indah hiasan adlah wanita solehah . perkara cam ni berlaku sebab ap ? kita nak salah kan sape bende ni jadi ? tepuk dada tanya selera okeyh . aku harap sangat sume gadis gadis jangan la liar sangat ya . maaf sekiranya statment niy mengguris hati sape2 tapi niat aku baek . sebab kita nii bakal menjadi isteri dan ibu kepada anak anak kita . so . kalu dah jadi cam niy , macam mne kita nak jadi istri yg baek dan ibu yang baek . tapi kadang2 bukan salah deorang nak jadi terok . so , pandai pandai jaga diri yer gadis gadis yang di syangi ALLAH sekalian .
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
semoga apa yang aku tulis dalam entry niy dapat menyedarkan gadis gadis yang ada kat luar sana .
ikhlas : nina izyan :)
2 comments:
lama dah tak tgk ko update.hehe
nice entry. thanks fr the advice. peringatan kpd kita semua :)
haha . tengs syg . miss u lha .
Post a Comment